Hujan berterusan: Felda Jelai 4 mula dinaiki air - Utusan Malaysia

Hujan berterusan: Felda Jelai 4 mula dinaiki air

PARAS air di Sungai Kurnia Diraja, Gemas di Tampin mula menunjukkan trend meningkat susulan hujan berterusan sejak petang semalam.-GAMBAR/IHSAN BOMBA.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAMPIN: Berikutan hujan berterusan sejak petang semalam, beberapa kawasan di sekitar Felda Jelai 4, Gemas dekat sini mula dinaiki air bermula kira-kira pukul 10.30 pagi ini 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gemas, Penolong Penguasa Bomba Mohd. Razeaf Zamri berkata, hujan berterusan berlaku sejak pukul 2 petang semalam dan trend air kini dilihat mula menaik di kawasan tersebut.

“Bagaimanapun, ia belum memasuki rumah penduduk. Pihak bomba telah mengadakan pemantauan sejak pukul 10.30 pagi hari ini, setakat ini hanya melibatkan kawasan kawasan Felda Jelai 4,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Jelas Mohd. Razeaf lagi, paras air di beberapa batang sungai juga menunjukkan trend meningkat termasuk Sungai Kelamah, Sungai Jelai 4, Sungai Kampung Kurnia Diraja, Sungai Kampung Londah dan Sungai Kampung Bangkahulu. 

“Penduduk dinasihatkan berpindah jika diarahkan oleh pihak berkuasa dan bawa bersama barang peribadi yang penting semasa berpindah dan simpan barangan lain di di tempat yang selamat,” katanya.-UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN