Empat buah rumah terjejas dalam kebakaran - Utusan Malaysia

Empat buah rumah terjejas dalam kebakaran

EMPAT buah rumah teres dua tingkat terjejas dalam kebakaran di Taman Gunung Mas, Tampin, malam tadi.-UTUSAN/NOR AINNA HAMZAH.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAMPIN: Sebanyak empat buah rumah teres dua tingkat terjejas dalam kejadian kebakaran di Taman Gunung Mas, di sini, malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tampin, Penolong Penguasa Bomba, Mohd. Zayyid Zakaria berkata, dalam kejadian itu, sepasukan anggota bomba dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan pada pukul 9.13 malam.

Menurutnya, sebaik sampai di lokasi, api sedang marak di rumah pertama dan pasukan bomba segera melakukan kerja-kerja pemadaman api serta mengawal kebakaran.

“Dalam kebakaran ini, rumah pertama bekeluasan 25×60 kaki persegi mengalami kebakaran yang dianggarkan sekitar 60 peratus manakala rumah kedua pula bekeluasan 20×60 kaki persegi dianggarkan terbakar kira-kira 20 peratus manakala rumah ketiga dan keempat terjejas di bahagian hadapan melibatkan pendawaian. 

“Selain itu, kebakaran ini turut melibatkan dua buah kenderaan di rumah pertama iaitu jenis Toyota Wish dan motosikal. Di rumah kedua pula, sebuah kereta jenis Perodua Myvi yang diparkir di hadapan rumah turut terbakar. 

“Dalam kejadian ini, bomba berjaya mengawal kebakaran pada pukul 9.36 malam dengan bantuan dua lagi balai bomba dari Kota dan Rembau dengan jumlah kekuatan 26 anggota serta pegawai,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Dalam pada itu, Mohd. Zayyid berkata, tiada individu yang cedera dalam kejadian berkenaan dan punca serta jumlah kerugian masih lagi dalam siasatan.

Sementara itu, mangsa di rumah pertama, Bong Sing Chong, 66, berkata, ketika kejadian dia berada di tingkat dua rumah sebelum terdengar bunyi letupan kuat.

“Semasa kejadian ada isteri dan seorang cucu saya di rumah, kami segera keluar mengikut pintu belakang rumah bagi menyelamatkan diri,” katanya.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.