[DUN] Johor terima RM296.4.juta selenggara jalan Persekutuan, negeri - Utusan Malaysia

[DUN] Johor terima RM296.4.juta selenggara jalan Persekutuan, negeri

MOHAMAD FAZLI SALLEH menghadiri sidang DUN Johor di Kota Iskandar, Iskandar Puteri.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Kerajaan negeri mendapat peruntukan sebanyak RM296.4 juta daripada kerajaan Pusat bagi membaik pulih jalan Persekutuan dan negeri pada tahun ini. 

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur negeri, Mohamad Fazli Salleh berkata, RM97.4 juta daripada peruntukan itu digunakan bagi membaik pulih jalan Persekutuan, iaitu Jalan Mersing-Johor Bahru, Jalan Batu Pahat-Johor Bahru-Muar dan Jalan Pontian-Johor Bahru-Batu Pahat-Muar.

Menurutnya, ketiga-tiga jalan itu tidak pernah diselenggara sejak empat tahun lalu.

“Pada tahun lalu, kita sudah memeterai perjanjian antara pihak pemaju dengan Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi mendapat peruntukan membaik pulih tiga jalan tersebut. 

“Bagi jalan Persekutuan lain yang mengalami kerosakan, ia masih menggunakan kontrak sedia ada bagi kerja membaik pulih,” katanya ketika ditemui selepas sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Mohamad Fazli berkata, kerajaan negeri juga merancang untuk membaik pulih beberapa jalan negeri menggunakan peruntukan kira-kira RM124 juta.

Katanya, kerajaan negeri dijangka mendapat peruntukan lebih setelah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu kerajaan akan meningkatkan pemberian Sistem Maklumat Rekod Jalan Raya (MARRIS) bagi tujuan itu pada pembentangan Belanjawan 2023.

Menurutnya, Johor turut mendapat peruntukan RM75 juta untuk melebarkan Lebuhraya Pasir Gudang daripada empat lorong menjadi enam lorong membabitkan laluan sejauh tujuh kilometer.

“Kerja melebarkan jalan itu sudah bermula pada tahun lalu dan dijangka memakan masa 36 bulan untuk disiapkan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya