[DUN] Johor sedia perkasa EV, sesuaikan dengan inisiatif Singapura - Utusan Malaysia

[DUN] Johor sedia perkasa EV, sesuaikan dengan inisiatif Singapura

ONN HAFIZ GHAZI menghadiri sidang DUN Johor di Kota Iskandar, Iskandar Puteri.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Kerajaan negeri bercadang mewujudkan mekanisme yang lebih teratur melibatkan penggunaan Kenderaan Elektrik (EV) pada masa depan selaras dengan inisiatif negara jiran, Singapura menghentikan pendaftaran kereta petrol menjelang 2030.

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, perkara itu tidak boleh dielakkan kerana Singapura dijangka akan menggunakan kenderaan EV sepenuhnya pada tahun 2040.

Justeru, Johor perlu melakukan persediaan awal kerana negeri ini merupakan antara destinasi utama pemandu kenderaan dari republik berkenaan.

“Johor tidak boleh elak, bermaksud kita perlu ada perancangan melalui usahasama pihak berkuasa tempatan (PBT). Saya juga akan berbincang dengan Tan Sri Setiausaha Kerajaan Negeri (Tan Sri Dr. Azmi Rohani) untuk mewujudkan satu mekanisme teratur melibatkan industri yang mempunyai punca kuasa meluluskan inisiatif untuk tahun-tahun akan datang.

“Selain penggunaan kenderaan elektrik, Johor juga meneliti cadangan menambah perkhidmatan feri antara Johor-Singapura yang ketika ini perkhidmatan feri melibatkan perjalanan dari Tanah Merah-Desaru Coast dan Tanah Merah-Tanjung Belungkor,” katanya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor di Kota Iskandar, di sini hari ini.

Onn Hafiz turut memberitahu kerajaan komited menangani kesesakan di Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dengan pelbagai usaha termasuk menambah laluan M-Bike dan E-Gate.

Katanya, antara langkah lain diambil termasuk penggabungan kaunter bagi laluan kereta, sekali gus melancarkan proses pemeriksaan passport dan lain-lain.

“Daripada segi isu yg dibangkitkan terutama dari segi kesesakan di CIQ, kita sedia maklum bahawa perkara ini bukan perkara baharu tetapi telah berabad lamanya, namun itu tidak mematahkan semangat kerajaan negeri dan Persekutuan untuk bekerjasama memastikan perkara ini dapat diselesaikan secepat mungkin.

“Usaha memperluas penggunaan autogate misalnya, kini bukan sahaja warganegara Malaysia yang boleh menggunakannya, malah juga warga Singapura.

“Bagi penambahan M-Bike pula, daripada 50 untuk laluan keluar dan masuk Johor, kini terdapat penambahan 25 laluan untuk setiap hala perjalanan,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya