Dua muka baharu ketuai bahagian UMNO di Negeri Sembilan - Utusan Malaysia

Dua muka baharu ketuai bahagian UMNO di Negeri Sembilan

MAZALAN Maarop (kiri) kini mengetuai UMNO Bahagian Seremban manakala Mustapha (kanan) mengetuai UMNO Bahagian Jempol.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Dua muka baharu dipilih bagi mengetuai bahagian UMNO di Negeri Sembilan selepas berakhir Pemilihan UMNO semalam.

Kedua-duanya ialah Mazalan Maarop yang menang bagi jawatan ketua di Bahagian Seremban dan Mustapha Nagoor di Bahagian Jempol.

Mazalan yang merupakan bekas calon Barisan Nasional (BN) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Lenggeng pada pilihan raya umum tahun 2018, telah menewaskan penyandang jawatan tersebut iaitu Mustafa Salim.

Mustafa juga merupakan Setiausaha Perhubungan UMNO Negeri Sembilan.

Di Bahagian Jempol pula, Mustapha yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Palong telah menewaskan bekas Ahli Parlimen Jempol, Datuk Lilah Yasin.

Jawatan Ketua UMNO Bahagian Jempol pada penggal sebelum ini disandang oleh Datuk Seri Mohd. Salim Mohd. Sharif yang telah digantung keahlian parti selama enam tahun.

Sementara itu, tiga lagi bahagian yang berlaku pertandingan bagi jawatan ketua menyaksikan penyandangnya terus mempertahankan jawatan masing-masing.

Mereka ialah Datuk Ismail Lasim di Kuala Pilah, Datuk Mohd. Faizal Ramli di Port Dickson dan Datuk Hasim Rusdi di Rasah.

Tiga lagi bahagian UMNO di Negeri Sembilan pula menyaksikan jawatan ketua menang tanpa bertanding iaitu Datuk Seri Mohamad Hasan di Rembau, Datuk Seri Jalaluddin Alias di Jelebu dan Datuk Mohd Isam Mohd. Isa di Tampin.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.