KUALA LUMPUR: Kadar dividen Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang diumumkan 5.35 peratus untuk simpanan konvensional manakala 4.75 peratus simpanan syariah bagi tahun lalu masih baik selepas mengambil kira kesuraman ekonomi global dalam tempoh tersebut. Bercakap kepada Mingguan Malaysia, Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Mohd Effendy Abdul Ghani berkata, jika dibuat perbandingan dengan institusi pelaburan lain termasuk perbankan, KWSP terus mengekalkan pulangan dividen terbaik iaitu lebih lima peratus untuk…










