KUALA LUMPUR: Pelaksanaan cukai barangan mewah tidak akan menjejaskan sektor pelancongan negara. Timbalan Menteri Kewangan, Steven Sim Chee Keong berkata, pembelian barangan mewah bukan tarikan utama bagi pelancong dan sektor itu juga melibatkan tarikan berkaitan budaya serta khazanah dalam negara ini. “Mereka datang untuk melawat pusat pelancongan, melihat khazanah negara serta membeli kraf tangan tempatan. “Pada masa sama, akan ada pelepasan cukai untuk pembelian barangan kraf tangan Malaysia. Jika kita melihat dari sudut itu, kita sebenarnya menggalakkan lebih ramai pelancong untuk datang,” katanya ketika ditemui media di Bangunan Parlimen semalam.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya