Buruh dikhuatiri lemas ketika mandi di Sungai Lebir

Buruh dikhuatiri lemas ketika mandi di Sungai Lebir

ANGGOTA bomba menjalankan operasi mencari dan menyelamat mangsa yang dikhuatiri lemas di kawasan Sungai Lebir di Manek Urai, Kuala Krai, Kelantan petang tadi.-UTUSAN/IHSAN BOMBA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA KRAI: Kegembiraan empat sahabat memancing di Sungai Lebir, Manek Urai di sini berakhir tragedi apabila salah seorang daripada mereka dikhuatiri lemas semasa mandi di sungai itu petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3 petang itu, mangsa, Mohd. Zulkifli Salleh, 31, yang bekerja sebagai buruh lemas di kawasan sungai itu selepas dilihat terkapai-kapai sebelum tenggelam ke dalam sungai tersebut.

Rakan mangsa, Mohd. Rizuam Junidi, 37, dia dan mangsa terjun ke sungai untuk mandi manakala dua lagi rakan yang berusia dalam lingkungan 30-an berada di darat.

Menurutnya, dia hampir lemas ekoran arus sungai deras, namun sempat menjerit meminta pertolongan daripada dua lagi rakannya itu.

“Salah seorang daripada mereka sempat menghulur sebatang kayu dan saya sempat berpegang padanya lalu ditarik oleh mereka.

“Ketika itu, saya lihat Mohd. Zulkifli terkapai-kapai sebelum tenggelam dibawa arus sungai,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini petang tadi.

Mohd. Rizuam memberitahu, dia bersama mangsa dan dua rakan datang ke sungai berkenaan untuk memancing sejak pukul 11 pagi lagi.

Katanya, disebabkan cuaca terlalu panas, dia dan Mohd. Zulkifli terus membuat keputusan untuk mandi di dalam sungai itu.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Suzaimi Mohamad ketika ditemui mengesahkan pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian lemas di sungai berkenaan.

Sementara itu, Komander operasi Balai Bomba Dan Penyelamat Kuala Krai, Che Razak Harun berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu kira-kira pukul 3.14 petang sebelum sembilan anggota berhegae ke sungai tersebut.

“Anggota bomba melakukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di kawasan tepi sungai kerana keadaan faktor cuaca yang semakin gelap. SAR sudah dihentikan petang tadi dan akan disambung semula pagi esok,” ujarnya-UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya