KUALA LUMPUR: Cadangan menaikkan harga Insentif Pengeluaran Getah (IPG) daripada RM2.50 sen kepada RM4.50 sen sekilogram tertakluk kepada kemampuan kewangan semasa kerajaan. Timbalan Menteri Perladangan Dan Komoditi, Datuk Siti Aminah Aching berkata, tiada sebarang cadangan untuk meningkatkan harga getah lebih tinggi kerana ketika ini kerajaan telah bersetuju menaikkan kadarnya kepada RM2.70 sen sekilogram. Bagaimanapun, katanya, kerajaan akan memperhalusi cadangan itu bersama kementerian dan agensi terlibat. “Berhubung cadangan meningkatkan harga lantai…










