Bekalan minyak masak peket mencukupi di pasaran

Bekalan minyak masak peket mencukupi di pasaran

SALAHUDDIN Ayub (kiri) semasa melakukan tinjauan selepas melancarkan Pakej Rahmah di sebuah pasar raya di Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan malam tadi.UTUSAN/ROSALWANI CHE SOH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memberi jaminan bekalan minyak masak peket di pasaran mencukupi walaupun masih berlaku penyelewengan barangan itu ke negara jiran.

Menterinya Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, pasukan penguat kuasa KPDN sentiasa melakukan pemantauan dan operasi bagi membanteras aktiviti berkenaan sekaligus menjamin mencukupi untuk keperluan tempatan.

“Kita akui penyelewengan berlaku, namun ia tidaklah serius. Jika berlaku di satu-satu kawasan sebagai contohnya di Kota Bharu pihak penguatkuasa akan lakukan operasi dan kemudian bekalan akan pulih selepas itu. 

“Dari pemantauan yang kita lakukan juga, kekurangan bekalan minyak masak berlaku disebabkan permintaan daripada pihak peniaga mikro yang merupakan golongan B40, maka usaha pihak pasaraya juga perlu dengan melakukan kawalan dalaman dan menjual dalam kuantiti yang ditetapkan,”katanya kepada pemberita selepas menghadiri Pelancaran Pakej Rahmah di sebuah pasar raya di Pengkalan Chepa, di sini malam tadi.

Salahduddin memberitahu, sejak diberi mandat menerajui kementerian isu penyelewengan tidaklah serius dan masih terkawal. 

Katanya, selain minyak masak KPDN turut melancarkan Op Tiris bagi memantau penjualan petrol dan diesel, sekaligus usaha ini dapat memantau penjualan minyak masak bersubsidi ke negara jiran.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya