Banjir termenung Batu Pahat selesai sebelum Ramadan - MB - Utusan Malaysia

Banjir termenung Batu Pahat selesai sebelum Ramadan – MB

ONN HAFIZ GHAZI (dua dari kiri) meluangkan masa meninjau operasi pengepaman keluar air di kawasan banjir termenung di sekitar Batu Pahat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Kerajaan negeri meningkatkan usaha bagi memastikan masalah banjir termenung, khususnya di daerah Batu Pahat dapat diselesaikan sebelum ketibaan Ramadan beberapa hari lagi.

Sehubungan itu, Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi mengarahkan supaya  beberapa pam air bergerak dihantar ke sana bagi mengepam keluar air dari kawasan terlibat, antara Sri Medan, Parit Jelutong dan Parit Raja.

“Syukur alhamdulillah, saya berkesempatan meninjau operasi pengepaman air banjir di Parit Jelutong, Pintu Air Sungai Senggarang dan Pintu Air Parit Asam Kumbang.

“Kerajaan negeri tidak mahu isu banjir termenung ini berlanjutan bagi tempoh yang lama seperti sebelum-sebelum ini. Pihak kerajaaan mahu isu banjir termenung di daerah ini dapat diselesaikan sebelum Ramadan yang bakal tiba ini,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Bagi mempercepat proses itu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah mengambil pendekatan untuk mengepam keluar air di kawasan-kawasan tersebut.

“Sebanyak 61 pam air berkapasiti 2, 5, 10 dan 20 ‘cusec’ sedang beroperasi selama 24 jam, manakala 12 lagi pam air akan ditambah kemudian.

“Mengambil iktibar daripada kejadian berlaku, kerajaan negeri sedang mengusahakan alternatif lain untuk menyelesaikan isu ini termasuk mendalamkan sungai utama di daerah Batu Pahat.

“Misi pasca banjir Southern Volunteers juga akan melaksanakan kerja-kerja pasca banjir ini di daerah Batu Pahat bermula 19 Mac dengan kekuatan daripada 11 PBT (pihak berkuasa tempatan) selain daripada pertubuhan bukan kerajaan dan pihak korporat melibatkan seramai 531 sukarelawan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya