Banjir: Semua PPS di Negeri Sembilan ditutup - Utusan Malaysia

Banjir: Semua PPS di Negeri Sembilan ditutup

SEREMBAN: Kesemua pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka bagi menempatkan mangsa terjejas banjir di negeri ini sejak 1 Mac lalu telah pun ditutup.

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Sembilan memaklumkan, PPS yang menempatkan paling ramai mangsa banjir sebelum ini iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Kelamah, Tampin juga ditutup sepenuhnya pada pukul 2.07 petang tadi.

Secara keseluruhannya, banjir yang melibatkan tiga buah daerah di Negeri Sembilan iaitu di Tampin, Jempol dan Kuala Pilah ekoran kejadian hujan berterusan menjejaskan seramai 1,097 mangsa daripada 312 keluarga.

Sebanyak 14 buah PPS juga telah beroperasi dengan daerah Tampin menyaksikan sebanyak lapan buah PPS dibuka, diikuti empat buah di Jempol dan dua buah PPS di Kuala Pilah.-UTUSAN.

 

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Telegram & TikTok

BERITA BERKAITAN