Banjir Johor semakin pulih - Utusan Malaysia

Banjir Johor semakin pulih

TIMBUNAN sampah-sarap pasca banjir di Kampung Sri Gading, Batu Pahat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Situasi banjir di negeri ini terus menunjukkan perkembangan positif apabila jumlah mangsa yang masih menghuni pusat pemindahan sementara (PPS) semakin berkurangan, iaitu seramai 21,127 orang daripada 6,044 keluarga setakat pukul 8 pagi ini.

Jumlah itu menunjukkan pengurangan berbanding seramai 23,663 mangsa yang direkodkan pada pukul 8 malam tadi.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Dr. Azmi Rohani memberitahu, dua daerah masih terjejas, iaitu Batu Pahat dengan seramai 21,089 mangsa yang ditempatkan di 81 PPS.

“Di daerah Segamat hanya tinggal 38 mangsa yang ditempatkan di dua PPS. Situasi banjir di kawasan berkenaan masih berlarutan ekoran berlakunya banjir termenung yang menyebabkan air tidak surut walaupun cuaca cerah,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Laporan Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) menunjukkan tiada sebarang amaran hujan berterusan atau ribut petir dikeluarkan di seluruh negeri ini.

Dalam pada itu, tiada sungai yang diletakkan bawah kategori paras air berbahaya dan tiga jalan masih ditutup, iaitu Jalan Lingkaran Kahang Barat, Jalan GSA Chamek serta Jalan Ulu Tebrau-Sungai Tiram. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya