Bah Johor: Seramai 6,740 mangsa masih di PPS - Utusan Malaysia

Bah Johor: Seramai 6,740 mangsa masih di PPS

DUA penduduk Kampung Parit Karjo, Parit Raja, Batu Pahat melonggokkan barang dan peralatan rumah yang rosak akibat banjir.

JOHOR BAHRU:: Situasi banjir di negeri ini semakin pulih apabila jumlah mangsa  berkurangan menjadi 6,740 orang daripada 1,923 keluarga masih ditempatkan di 43 pusat pemindahan sementara (PPS), setakat pukul 8 pagi ini.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Dr. Azmi Rohani berkata, jumlah itu mencatatkan penurunan berbanding 7,972 penduduk daripada 2,299 keluarga pada 8 malam tadi.

“Setakat pukul 8 pagi ini, seramai 1,232 penduduk daripada 376 keluarga telah meninggalkan PPS dan pulang ke rumah masing-masing.

“Jumlah itu dijangka akan terus menurun susulan usaha pihak mengepam air keluar dari kawasan banjir termenung serta faktor cuaca yang cerah sejak beberapa hari lalu,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Setakat ini, hanya daerah Batu Pahat yang masih terjejas.

Laporan Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) menunjukkan tiada sebarang amaran hujan berterusan atau ribut petir dikeluarkan di negeri ini. – UTUSAN

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Telegram & TikTok

BERITA BERKAITAN