Bah Johor kian pulih, banjir termenung terus jadi halangan - Utusan Malaysia

Bah Johor kian pulih, banjir termenung terus jadi halangan

SEBUAH keluarga dari Kampung Seberang Batu Badak, Segamat yang masih ditempatkan di PPS kampung berkenaan akibat banjir termenung.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Situasi banjir di negeri ini semakin pulih apabila jumlah mangsa yang masih menghuni 102 pusat pemindahan sementara (PPS) terus berkurangan menjadi 30,953 orang setakat pukul 12 tengah hari tadi.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Dr. Azmi Rohani berkata, jumlah itu mencatatkan penurunan berbanding 31,680 mangsa pagi tadi.

“Jumlah mangsa banjir di Batu Pahat yang terjejas teruk setakat ini menunjukkan penurunan menjadi 30,880 orang melibatkan 8,760 keluarga di 102 PPS.

“Sementara itu, jumlah mangsa banjir di Segamat berkurangan menjadi 49 orang, manakala di Tangkak tidak berubah dengan seramai 24 orang,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Laporan Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) pula menunjukkan tiada sebarang amaran hujan berterusan mahupun ribut petir di mana-mana daerah di negeri ini.

Setakat ini semua sungai yang sebelum ini paras airnya berada pada paras bahaya sudah kembali normal.

Empat jalan di daerah Batu Pahat masih ditutup, iaitu Jalan Parit Haji Arif/Sri Dayung, Jalan Parit Jambi, Jalan Yong Peng- Muar dan Jalan Haji Arif.

Lapan lagi jalan hanya dibuka untuk kenderaan berat, antaranya Jalan Parit Warijo, Jalan Sri Bengkal, Jalan Parit Jalil, Jalan Bindu, Jalan Panchor dan Jalan Parit Karjo. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.