Bah Johor hampir pulih, 141 mangsa di dua PPS - Utusan Malaysia

Bah Johor hampir pulih, 141 mangsa di dua PPS

BANYAK harta benda rosak akibat banjir yang melanda Kampung Seberang Batu Badak, Segamat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Situasi banjir di negeri ini hampir pulih sepenuhnya apabila hanya tinggal seramai 141 mangsa daripada 37 keluarga masih ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS) di Batu Pahat, setakat pukul 8 pagi ini.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Dr. Azmi Rohani memberitahu, dua PPS yang masih beroperasi ialah PPS Sekolah Kebangsaan Seri Medan dan Dewan Orang Ramai Yong Peng,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Laporan Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) menunjukkan tiada sebarang tanda amaran ribut petir atau hujan lebat berterusan di seluruh negeri ini.

Tiada sungai di negeri ini yang menunjukkan di bawah kategori paras air berbahaya, namun tiga jalan masih ditutup untuk semua jenis kenderaan, iaitu Jalan Lingkaran Kahang Barat, Jalan GSA Chamek serta Jalan Ulu Tebrau-Sungai Tiram. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya