Azalina pertahan jawatan Ketua UMNO Bahagian Pengerang - Utusan Malaysia

Azalina pertahan jawatan Ketua UMNO Bahagian Pengerang

AZALINA OTHMAN SAID (tengah) bergambar dengan perwakilan yang menghadiri Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Pengerang di Lotus Desaru Beach Resort, Kota Tinggi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI: Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi, Datuk Seri Azalina Othman Said berjaya mempertahankan jawatannya sebagai Ketua UMNO Bahagian Pengerang dalam pemilihan kali ini.

Dalam pertandingan dua penjuru, Ahli Parlimen Pengerang itu menang dengan 261 undi, manakala pencabarnya, Datuk Mhd. Tahir Mohd. Noah hanya memperoleh 10 undi.

Keputusan itu diumumkan oleh Pengerusi Tetap, Yahya Hamzah.

Jawatan Naib Ketua UMNO Bahagian pula dimenangi oleh Abdul Hadi Sydee yang meraih 189 undi, menewaskan pencabarnya, Ghazali Abas yang meraih 80 undi.

Seramai 283 perwakilan menghadiri Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Pengerang yang diadakan di Lotus Desaru Beach Resort. 

Azalina yang telah menerajui UMNO Bahagian Pengerang sejak 2008 turut bertanding merebut jawatan Naib Presiden UMNO dalam pemilihan kali ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya