ATM selamatkan calon SPM terkandas banjir - Utusan Malaysia

ATM selamatkan calon SPM terkandas banjir

TANGKAP layar video tiga individu termasuk seorang calon SPM yang terkandas selepas kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki mereka gagal mengharungi banjir dalam kejadian di antara Taman Pinggiran Sungai Kelamah ke Felda Sungai Kelamah, Gemas, Tampin, pagi tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAMPIN: Tiga individu termasuk seorang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sekolah Menengah Agama (SMA) Gemas, berdepan detik cemas apabila kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki mereka terkandas akibat banjir.

Pengerusi Gerakan Belia 4B Kawasan Tampin, Suhaimizan Bizar, berkata, dia mula bergerak mengambil calon SPM iaitu seorang pelajar perempuan di Kampung Sungai Dua, Gemencheh pada pukul 6.30 pagi dan kemudiannya mahu ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Felda Sungai Kelamah bagi mengambil seorang lagi pelajar lelaki yang juga calon SPM.

Bagaimanapun menurutnya, dalam pertengahan jalan antara Taman Pinggiran Sungai Kelamah ke Felda Sungai Kelamah kenderaan yang dinaiki terkandas walaupun sebelum ini laluan berkenaan boleh dilalui kenderaan tersebut.

“Saya segera menghubungi bilik gerakan dan mereka terus menghubungi pasukan penyelamat iaitu pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta pasukan bomba. 

“Anggota ATM sampai ke lokasi menggunakan lori tiga tan mereka dan kami seterusnya selamat menghantar calon SPM berkenaan.

“Terima kasih ATM, saya hanya bimbang berkenaan calon SPM ini yang menduduki peperiksaan bagi mata pelajaran Ekonomi pada pukul 8.15 pagi tadi. Alhamdulilah, semuanya sudah selamat,” katanya.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN