Anwar tidak bantah lantikan KP SPRM bawah Parlimen - Utusan Malaysia

Anwar tidak bantah lantikan KP SPRM bawah Parlimen

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Mekanisme baharu pelantikan Ketua Pesuruhjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya diletakkan di bawah Parlimen bergantung kepada sejauh mana perkembangan cadangan itu dapat direalisasikan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau tiada  masalah berhubung cadangan itu namun perkara tersebut hendaklah melalui proses sewajarnya termasuk penelitian oleh Jabatan Peguam Negara.

“Sekiranya mekanisme proses seperti dicadangkan oleh Transparency International (TI) dan beberapa badan lain diteliti Jabatan Peguam Negara, agensi kerajaan dan dipindah ke Jawatankuasa Pilihan Parlimen, proses ini sempat, saya tiada masalah.

“Tetapi proses itu harus dihormati,” kata Anwar ketika Sesi Soal Jawab Perdana Menteri (PMQ) di Dewan Rakyat.

Terdahulu, Datuk Mas Ermieyati Samsudin (PN-Masjid Tanah) bertanya sama ada pelantikan baharu atau penyambungan khidmat Ketua Pesuruhanjaya SPRM akan diletakkan di bawah Parlimen, seperti  disuarakan beberapa pihak termasuk TI.

Hal ini setelah khidmat Azam sebagai orang nombor satu SPRM dijangka berakhir pada Mei ini.

Selain itu, Anwar berkata, beliau tidak menukar Ketua Pesuruhjaya SPRM ketika dilantik sebagai Perdana Menteri sebaliknya mengekalkan  Azam  yang dilantik Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Ikut peraturan dan perundangan sekarang, SPRM adalah badan bebas, sebab itu saya ambil alih saya tidak memilih menukar Ketua SPRM yang dilantik Pagoh, untuk tidak menimbul persepsi bahawa Perdana Menteri  baharu akan melantik seorang Ketua Pesuruhjaya yang baharu, sebab itu saya kekalkan.

“Peruntukan sekarang memberi jaminan kebebasan SPRM dan tidak tertakluk di bawah arahan PM. Jadi cadangan untuk memperkukuhkan kedudukannya, maka keadaan sekarang ada Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah, Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah, Jawatankuasa Aduan, Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah dan Panel Penilaian Operasi,” katanya.

Bagaimanapun, Perdana Menteri berkata,  beliau tidak bermasalah untuk menimbang syor cadangan pelantikan Ketua Pesuruhjaya SPRM oleh Parlimen, namun perkara itu perlu dilakukan menerusi proses bagi memastikan keupayaan SPRM dapat dipertingkatkan dan tiada campur tangan yang dibimbangi untuk membanteras rasuah.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya