Angin perubahan landa Tanjung Piai, Jefriden tewas - Utusan Malaysia

Angin perubahan landa Tanjung Piai, Jefriden tewas

MD. ISRAQ ABDULLAH (kiri) dan Dr. Mohd. Isa Ismail diumumkan memenangi jawatan Ketua dan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Tanjung Piai di Dewan Muafakat Taman Sentosa, Pekan Nanas, Pontian.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PONTIAN: Angin perubahan melanda UMNO Bahagian Tanjung Piai apabila Datuk Jefridin Atan gagal mempertahankan jawatan Ketua UMNO Bahagian kepada lawannya, Md. Israq Abdullah.

Md. Israq yang juga bekas Timbalan Ketua UMNO Bahagian tersebut memperoleh 277 undi berbanding Jefridin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kukup yang meraih 258 undi.

Seramai 538 orang daripada  608 perwakilan menghadiri Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Tanjung Piai yang diadakan di Dewan Muafakat, Taman Sentosa di Pekan Nanas, dekat sini hari ini.

Bekas Naib Ketua UMNO Bahagian, Dr. Mohd. Isa Ismail memenangi jawatan Timbalan Ketua UMNO Bahagian menewaskan Zaharulail  Abd. Moez.

Pertandingan jawatan Naib Ketua UMNO Bahagian pula dimenangi oleh Yusri Mohd. Bain yang menewaskan Mohd. Razif Margono.

Keputusan tersebut diumumkan oleh Pengerusi Tetap Persidangan, Mohd. Zamri Muin. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya