Anak-anak minta baju raya hitam - Nabila - Utusan Malaysia

Anak-anak minta baju raya hitam – Nabila

NABILA SEDU (duduk tengah) ditenangkan oleh salah seorang ahli keluarganya ketika ditemui Mohd. Fared di pekarangan Jabatan Forensik HPSF, Muar.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUAR: Permintaan empat beradik yang mahu memakai baju raya berwarna hitam tahun ini seolah-olah petanda mereka akan pergi selama-lamanya.

Ibu mangsa, Nabila Sedu, 31, mengakui terkilan kerana tidak dapat memenuhi hajat terakhir empat anaknya itu untuk memakai baju tersebut sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri ini.

Dia ditemui di pekarangan Jabatan Forensik, Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) Muar dilihat mencium dan mendakap baju tadika salah seorang anaknya.

Namun, usaha untuk mendapatkan penjelasan lanjut daripada Nabila dan suaminya, Thein Ko Htut, 30, gagal kerana mereka sangat sedih dengan tragedi itu dan tergesa-gesa meninggalkan hospital tersebut.

Malam tadi, media melaporkan empat beradik maut apabila kediaman mereka di Lorong Haji Muhammad, Jalan Ismail, Kampung Sabak Awor, di sini terbakar.

Dalam kejadian pukul 7.49 malam itu, Puteri Aisyah Thein Ko Htut,  8, Mohd. Hakim, 6, Mustakim, 4, dan Fatihah Aisyah, 3, ditemukan meninggal dunia di dalam bilik air di bahagian dapur rumah tersebut.

Turut menziarah keluarga tersebut di hospital berkenaan ialah Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri,  Mohd. Fared Mohd. Khalid. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya