7,000 anggota bantu mangsa banjir - Utusan Malaysia

7,000 anggota bantu mangsa banjir

SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL (kanan) menyerahkan bantuan kepada mangsa banjir yang ditempatkan di PPS di Dewan Orang Ramai Kampung Melayu, Kluang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: Seramai 7,000 anggota pelbagai agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan dikerahkan untuk membantu kerajaan negeri Johor menguruskan mangsa banjir. 

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail  berkata, semua anggota terlibat terdiri daripada pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Sukarelawan Rakyat Malaysia (Rela) sudah bersedia untuk digerakan.

Katanya, sekiranya ada keperluan lain, anggota dari negeri-negeri yang tidak terjejas akan turut dipanggil untuk membantu melancarkan kerja-kerja menyelamat serta menguruskan mangsa. 

“Berkaitan dengan aset, semua jentera yang berkaitan dengan tugas menyelamat akan digunakan sepenuhnya, namun sekiranya memerlukan aset lebih besar dan tiada dalam KDN, perkara ini akan diserahkan kepada Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana. 

“Menerusi beliau mungkin akan dapat mengeluarkan aset lebih banyak seperti dimiliki Angkatan Tentera Malaysia (ATM),” katanya selepas melawat serta menyampaikan sumbangan Rahmah kepada mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) di Dewan Orang Ramai Kampung Melayu dekat sini hari ini. 

Saifuddin turut mengulangi jaminan bahawa mangsa yang kehilangan dokumen penting akan diberikan penggantian secara percuma sebaik bencana ini berakhir.

Sebelum ini, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi memohon bantuan kerajaan Persekutuan dan negeri-negeri lain yang tidak terjejas banjir, susulan petugas sedia ada tidak mencukupi ekoran jumlah mangsa banjir yang ramai.

Semua agensi kini berhempas-pulas membantu mangsa banjir yang ramai walaupun mula keletihan, namun mereka tetap bersemangat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.