Masjid dibenar dijadikan PPS - Utusan Malaysia

Masjid dibenar dijadikan PPS

MOHD. FARED MOHD. KHALID (empat dari kiri) melawat Dewan Orang Ramai Sri Medan dan Sekolah Agama Sri Medan yang dijadikan sebagai PPS bagi menyampaikan bantuan daripada MAINJ kepada mangsa banjir.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Kerajaan negeri membenarkan masjid-masjid utama di kawasan terjejas banjir dijadikan sebagai pusat penempatan sementara (PPS).

Walau bagaimanapun, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri, Mohd. Fared Mohd. Khalid berkata, penggunaan masjid-masjid utama itu mestilah mengikut garis panduan disediakan bagi menjaga kemuliaan rumah ibadat berkenaan.

“Ini merupakan pelan kontinjensi yang kita ambil bagi menampung pertambahan tinggi penduduk terkesan banjir

“Masjid juga dibenarkan untuk membantu urusan penyediaan makanan untuk diedarkan dan diagihkan ke PPS berdekatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Setakat pukul 12 tengah hari tadi, seramai 32,719 penduduk daripada 9,253 keluarga dipindahkan ke 218 PPS di seluruh negara.

Segamat menjadi daerah paling terjejas dengan bilangan mangsa meningkat menjadi 12,221 orang daripada 3,518 keluarga.

Dalam pada itu, Mohd. Fared berkata, Majlis Agama Islam Negeri Johor  (MAINJ) sejak kelmarin aktif mengedarkan barangan keperluan kepada penduduk terkesan banjir yang berada di PPS.

Antara barangan keperluan yang diagih-agihkan ialah tilam, kit solat, kit kebersihan dan tikar yang diselaraskan oleh pejabat-pejabat daerah.

“Ini semua menerusi wang zakat yang kita bayar, agihannya untuk manfaat ummah,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya