4 lelaki ditahan simpan, edar  minuman keras  - Utusan Malaysia

4 lelaki ditahan simpan, edar  minuman keras 

Remaja buat aksi wheelie tahan lepas ditahan semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kira-kira empat individu termasuk dua lelaki warga asing ditahan kerana menyimpan dan mengedar pelbagai jenis minuman keras tanpa cukai di sebuah premis perniagaan di Jalan Ipoh, dekat sini Sabtu lalu.

Serbuan pukul 1.55 petang dilakukan Pasukan Gerakan Am Semenyih dengan dibantu anggota dari  Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, kesemua lelaki berusia 25 hingga 41 tahun itu ditangkap kerana dipercayai terbabit dalam kegiatan menyimpan dan mengedar pelbagai jenis arak tanpa cukai.

“Siasatan awal di tempat kejadian mendapati modus operandi kegiatan itu berselindung di sebalik premis kedai.

“Mereka dipercayai telah beroperasi sejak enam bulan lalu. Kita berjaya merampas sebanyak 14,832 botol dan 7,464 tin minuman keras dianggarkan bernilai RM861,924.48,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut beliau, , kesemua suspek  direman selama 10 hari bermula Ahad sehingga 4 April depan untuk siasatan lanjut.

Kata beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 135(1) (d) Akta Kastam 1967 kerana memiliki, atau mengedar minuman keras seludup dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen kerana tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah.

Beliau berkata, Polis Kuala Lumpur menasihati orang ramai supaya memberikan kerjasama serta menjadi ‘mata dan telinga’ kepada pihak berkuasa untuk mengekang aktiviti penyeludupan minuman keras.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya