235 Bazar Ramadan, Aidilfitri sediakan 13,175 petak di Johor - Utusan Malaysia

235 Bazar Ramadan, Aidilfitri sediakan 13,175 petak di Johor

Mohd. Jafni Md. Shukor
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Kerajaan negeri menerima permohonan untuk menganjurkan Bazar Ramadan dan Aidilfitri di 235 lokasi melibatkan jumlah keseluruhan sebanyak 13,175 petak niaga.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Mohd. Jafni Md. Shukor berkata, jumlah itu melibatkan kesemua 16 pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini.

Menurutnya, permohonan untuk menganjurkan Bazar Ramadan dan Bazar Aidilfitri adalah melibatkan lokasi sama, bergantung terhadap permintaan daripada penganjur.

“Untuk Ramadan kali ini, kita telah terima sejumlah 13,175 petak perniagaan untuk peniaga di 235 lokasi  di seluruh negeri yang melibatkan kesemua 16 PBT.

“Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) merekodkan jumlah permohonan tertinggi, iaitu melibatkan 49 lokasi dengan 2,892 petak niaga, diikuti Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) sebanyak 27 lokasi (1,710 petak) dan Majlis Perbandaran Kluang sebanyak 22 lokasi (950 petak).

“PBT yang menerima permohonan penganjuran Bazar Ramadan dan Aidilfitri paling rendah tahun ini ialah Majlis Daerah Yong Peng dengan enam lokasi (458 petak),” katanya ketika dihubungi di sini.

Mohd. Jafni berharap penganjur dan semua peniaga akan mematuhi peraturan ditetapkan bagi memastikan kelancaran perniagaan mereka sepanjang tempoh Ramadan ini.

Sementara itu, Datuk Bandar Johor Bahru, Datuk Mohd. Noorazam Osman berkata, MBJB akan memanggil penganjur dalam masa terdekat untuk diberikan taklimat  tentang pelesenan dan kebersihan Bazar Ramadan dan Aidilfitri.

“Kami juga menyeru semua penganjur supaya menjaga kebersihan kawasan tapak bazar, mendapatkan suntikan  typhoid yang sah, amalkan pengendalian makanan bersih serta meningkatkan kawalan lalu lintas,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya