141,089 murid mulakan sesi persekolahan di Melaka

141,089 murid mulakan sesi persekolahan di Melaka

GELAGAT para pelajar membeli sarapan di gerai berhampiran SK Krubong, Melaka. - UTUSAN/SYAFEEQ AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Seramai 141,089 murid mendaftar di 316 sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan di seluruh Melaka pada hari pertama sesi akademik 2023/2024, yang bermula hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Teknologi dan Telekomunikasi negeri, Datuk Rais Yasin berkata, jumlah itu bagaimanapun tidak termasuk 5,290 kanak-kanak yang mengikuti pendidikan awal di prasekolah Kementerian Pendidikan.

“Ia melibatkan 170 sekolah rendah dan Institusi Pendidikan Guru Malaysia Kampus Perempuan Melayu Melaka,” katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan di Sekolah Kebangsaan (SK) Krubong di sini, pagi tadi.

Sementara itu, tinjauan Utusan Malaysia di SK Krubong mendapati, pihak sekolah melakukan pelbagai inisiatif bagi menyambut kedatangan pelajar terutama murid darjah satu yang pertama kali melangkah ke alam persekolahan.

Kedatangan 1,400 murid sekolah itu disambut maskot Mickey Mouse dan pintu gerbang dihiasi dekorasi bunga ala majlis perkahwinan.

Pelbagai ragam berjaya dirakamkan lensa kamera, antaranya gelagat mereka yang menyerbu warung dan gerai berhampiran sekolah bagi membeli sarapan sambil ditemani ibu bapa.

Dalam pada itu, seramai lima murid menerima hadiah daripada pihak sekolah sempena kedatangan paling awal bermula pukul 6.30 pagi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya