Warga emas maut selepas ubah haluan mengejut

Warga emas maut selepas ubah haluan mengejut

KEADAAN motosikal milik warga emas yang maut selepas bergesel dengan kenderaan di Kilometer 1, Jalan Gua Musang-Kuala Lipis, Gua Musang, Kelantan semalam.UTUSAN/IHSAN POLIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Seorang warga emas maut apabila motosikal yang ditunggangnya bergesel dengan sebuah kereta selepas menukar haluan secara mengejut di Kilometer 1, Jalan Gua Musang-Kuala Lipis di sini, semalam.

Mangsa, Hanipa Zakaria, 68, yang mengalami kecederaan di kepala disahkan meninggal dunia semasa sedang menerima rawatan di Hospital Gua Musang pada pukul 6.50 petang.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Sik Choon Foo berkata, siasatan awal mendapati semasa kejadian mangsa dalam perjalanan dari arah Bandar Gua Musang menghala ke Jalan Kuala Lipis.

“Setibanya di lokasi kejadian, mangsa dipercayai secara tiba-tiba telah mengubah laluan ke lorong sebelah kanan untuk membuat pusingan U. 

“Motosikal yang ditunggang mangsa kemudiannya telah bergesel dengan kereta jenis Honda yang berada di lorong sebelah kanan di laluan sama,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Choon Foo memberitahu, mangsa yang mengalami kecederaan parah di bahagian kepala telah  dikejarkan ke Hospital Gua Musang untuk rawatan lanjut.

Katanya, selepas hampir 40 minit bertarung nyawa di hospital, warga emas berkenaan disahkan meninggal dunia pada pukul 6.50 petang.

“Pemandu kenderaan berusia 52 tahun tidak mengalami kecederaan dan hasil ujian awal saringan air kencing didapati negatif dadah.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih dijalankan,” ujarnya.

Choon Foo berkata, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan kejadian boleh menghubungi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Gua Musang di talian 099121222 atau Pegawai Penyiasat di talian 017-2830392.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya