Warga emas maut, kereta dipandu terbabas langgar tiang tabika - Utusan Malaysia

Warga emas maut, kereta dipandu terbabas langgar tiang tabika

KEADAAN kemalangan membabitkan sebuah kereta yang dipandu mangsa dalam kejadian di Kilometer 1, Jalan Chengkau Ulu, Rembau malam tadi.-GAMBAR/IHSAN POLIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

REMBAU: Seorang warga emas maut selepas kereta yang dipandunya terbabas lalu melanggar tiang bangunan sebuah taman bimbingan kanak-kanak (tabika) dalam kejadian di Kilometer 1, Jalan Chengkau Ulu, di sini malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.50 malam itu, mangsa, Mansal Bakar, 73, disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik yang tiba di lokasi nahas.

Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintenden Hazri Mohamad berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang memandu kereta jenis Proton Iswara datang dari arah Kampung Chengkau Ulu menghala ke Tampin.

“Sebaik sampai di tempat kejadian, mangsa telah hilang kawalan lalu terbabas merempuh masuk ke dalam pagar Tabika Kemas Kampung Chengkau Ulu dan melanggar tiang bangunan tabika terbabit.

“Akibat pelanggaran tersebut, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Mayat mangsa dibawa ke Unit Perubatan Forensik Hospital Rembau untuk bedah siasat esok,” katanya.

Hazri berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya