Wanita berpakaian mencolok mata diarah keluar Parlimen - Utusan Malaysia

Wanita berpakaian mencolok mata diarah keluar Parlimen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seorang wanita yang dipercayai pembantu kepada seorang ahli parlimen DAP dari Sarawak diarahkan keluar dari bangunan Parlimen kerana memakai skrit pendek sehingga menampakkan paha kirinya.

Wanita yang tidak didedahkan namanya itu difahamkan pembantu yang bekerja dengan Ahli Parlimen Bandar Kuching, Dr. Kelvin Yii Lee Wuen.

Bagaimanapun, berdasarkan maklumat terkini dilaporkan akhbar Guang Ming Daily, Kelvin menjelaskan wanita itu bukan pembantunya sebaliknya pelawat yang ingin bertemu beliau.

Semasa insiden itu, Lee Wuen menghadiri mesyuarat Parlimen di Dewan Rakyat.

Lee Wuen adalah Ketua Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) dan wanita itu diarah meninggalkan bangunan Parlimen kerana dia tidak mematuhi etika berpakaian.

Semasa kejadian, pembantu berkenaan memakai sut dengan skrit paras lutut yang terbelah sehingga mendedahkan paha ki­rinya.

Wanita itu diberi pilihan jika mahu kekal berada dalam bangunan Parlimen dia perlu menukar cara pemakaiannya.

Utusan Malaysia dan pembe­rita lain yang berada di ruang legar bangunan Parlimen menyaksikan seorang ketua bahagian keselamatan meminta wanita itu meninggalkan Parlimen.

Namun, pengawal itu terlebih dahulu menegur wanita tersebut mengenai kod pakaian yang sepatutnya.
Wanita yang difahamkan pertama kali hadir ke Parlimen itu kemudian akur dan beredar.

Tiada rakaman gambar wanita berkenaan akibat pergerakan petugas media yang terhad di Parlimen.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN