PETALING JAYA: Saranan supaya Bank Negara Malaysia (BNM) mengambil langkah menurunkan semula Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Mac ini dijangka mampu menggalakkan perbelanjaan dalam kalangan masyarakat. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengarah Program MBA Putra Business School (PBS), Prof. Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, ini kerana pinjaman akan menjadi lebih murah sekiranya OPR diturunkan. Justeru katanya, tindakan itu dapat membantu meningkatkan permintaan terhadap barangan dan perkhidmatan. “Namun permintaan yang berlebihan akan menyebabkan risiko harga barangan dan perkhidmatan meningkat terutamanya jika penawaran itu tidak mencukupi.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya