Tukar tanaman untuk teruskan hidup - Utusan Malaysia

Tukar tanaman untuk teruskan hidup

MOHAMED Noor Awang Hamat menunjukkan tanaman pisang yang diusahakan sejak dua tahun lalu di Rancangan Pemulihan Tanah (RPT) Kesedar Sungai Terah, Gua Musang semalam. – UTUSAN/AIMUNI TUAN LAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Lebih 300 pekebun di Rancangan Pemulihan Tanah (RPT) Kesedar Sungai Terah di sini menukar tanaman getah dan kelapa sawit kepada kontan sebagai inisiatif meneruskan kelangsungan hidup ekoran kejatuhan harga komo­diti itu ketika ini.

Dakwa pekebun, kejatuhan harga komoditi itu menyebabkan mereka menukar tanaman kontan seperti pisang, nanas, ubi kayu atau kelapa yang mengeluarkan hasil cepat.

Seorang pekebun, Mohamed Noor Awang Hamat, 70, berkata, ketika ini ramai pekebun memilih pisang kerana hasil boleh dituai dalam sembilan bulan hingga setahun.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurutnya, pekebun berha­rap tindakan berkesan daripada Kerajaan Perpaduan untuk menangani nasib penoreh getah.

“Pekebun getah mengharapkan harga getah naik melebihi RM3 sekilogram, namun apa yang berlaku harganya jatuh RM2 hingga RM2.40 sekilogram.

“Harga sawit pula antara RM650 hingga RM750 bagi satu tan,” katanya ketika ditemui di RPT Sungai Terah di sini semalam.

Seorang lagi pekebun, Wan Ab. Talib Wan Jusoh, 69, dia berharap kerajaan mencari jalan keluar bagi membantu pekebun kecil termasuklah menetapkan satu nilai harga munasabah bagi menampung sara hidup kini.

“Kami mahu Belanjawan 2023 memberi khabar gembira dan membantu penoreh getah khususnya rakyat di pedalaman yang menjadikan tanaman komoditi sebagai sumber pendapatan,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN