Tiga maut dalam kemalangan babitkan motosikal dan lori - Utusan Malaysia

Tiga maut dalam kemalangan babitkan motosikal dan lori

TIGA maut dalam kemalangan melibatkan sebuah motosikal dan lori di Jalan Persiaran Tanjung Tampoi, Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Tiga individu termasuk seorang wanita maut dalam kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan lori di Jalan Persiaran Tanjung Tampoi, di sini petang tadi.

Mangsa yang maut ialah Mohammad Shahril Abdullah, 38, Habsah Jailani, 41, dan Muhammad Dany Lukman Naim Abdullah, 10. 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin, Mohd. Suhaimi Abdul Jamal berkata, kesemua mangsa yang maut ialah penunggang dan pembonceng motosikal jenis Yamaha LC.

Menurutnya, pasukan gerakan operasi (PGO) menerima panggilan kecemasan tentang kemalangan itu menerusi talian terus ke balai pada pukul 4.47 petang.

“Setibanya pasukan keluaran operasi (PKO) di tempat kejadian, didapati benar terdapat kemalangan jalan raya melibatkan sebuah motosikal jenis Yamaha LC dengan sebuah lori Mitsubishi Fuso. 

“Penunggang dan pembonceng telah disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan. Walau bagaimanapun hubungan antara ketiga-tiga mangsa tidak dapat dipastikan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pemandu lori yang berusia 30 tahun berada dalam keadaan selamat.

Mayat kesemua mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.