PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini mengesan jejak kewangan dan aset bekas menteri dan taikun perniagaan yang didakwa disembuyikan di empat negara. Satu sumber mendedahkan kepada Utusan Malaysia, kesemua aliran kewangan dan aset berkenaan disyaki dihantar melalui Singapura sebelum dialihkan kepada empat negara terbabit. Oleh itu, SPRM kini dipercayai dalam proses menghantar permohonan untuk mendapatkan beberapa dokumen kewangan di negara-negara berkenaan untuk semakan lanjut. “Proses ini akan mengambil…










