Siasatan isu penyelewengan MAINS tiada unsur rasuah - SPRM - Utusan Malaysia

Siasatan isu penyelewengan MAINS tiada unsur rasuah – SPRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sembilan mengesahkan hasil siasatan berhubung isu dakwaan penyelewengan wang zakat melibatkan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) Zakat Sdn. Bhd. tidak menemukan sebarang unsur kesalahan jenayah rasuah di bawah Akta SPRM 2009. 

Pengarah SPRM Negeri Sembilan, Awgkok Ahmad Taufik Putra Awg Ismail berkata, kertas siasatan berhubung isu itu telah dibuka dan telah selesai dijalankan pada 2019.

“Sehubungan itu, SPRM menggesa mana-mana pihak untuk menghentikan sebarang spekulasi dan menyebarkan berita-berita palsu berhubung perkara berkenaan sebagaimana yang disiarkan dalam sebuah akaun Telegram baru-baru ini. 

“SPRM Negeri Sembilan komited dalam usaha memerangi rasuah yang melibatkan dana awam di negeri ini. Oleh itu, siasatan lanjut akan dijalankan sekiranya terdapat maklumat baharu yang diterima,” katanya.

Semalam Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun dilaporkan menyerahkan kepada pihak berkuasa bagi menjalankan siasatan berhubung dakwaan berlaku salah laku dan rasuah dalam MAINS.

Aminuddin berkata,  SPRM dan pihak polis masih menjalankan siasatan berhubung isu itu.

“Sekarang masih dalam siasatan, jika betul, ambil tindakanlah jika tidak, maklum kepada masyarakat bahawa apa yang berlaku sebenarnya,” katanya.

Sebelum ini, tular di media sosial dakwaan berlakunya penyelewengan pengurusan wang zakat di Negeri Sembilan.-UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya