Raba rakan sekerja, warga Indonesia dipenjara tujuh bulan - Utusan Malaysia

Raba rakan sekerja, warga Indonesia dipenjara tujuh bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Seorang pembantu klinik haiwan warga Indonesia dijatuhi hukuman penjara tujuh bulan di Mahkamah Majistret Seremban hari atas dua pertuduhan mencabul kehormatan seorang wanita pada 3 Februari lalu.

Tertuduh, Larto, 33, dijatuhi hukuman itu selepas membuat pengakuan bersalah di hadapan Majistret, Mohamad Ibrahim Mohammad Ghulam dan Mohd. Firdaus Saleh sebaik pertuduhan dibacakan di dua kamar mahkamah berbeza.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didapati telah melakukan kekerasan jenayah kepada seorang wanita berusia 22 tahun dengan maksud untuk mencabul kehormatan dengan cara meraba kemaluannya. 

Kesalahan itu dilakukan di sebuah klinik haiwan di Dataran Centrio, Seremban 2, di sini dari pukul 11.39 hingga 11.47 pada 3 Februari lalu. 

Sehubungan itu, tertuduh telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan. Jika disabitkan, boleh dipenjara boleh sampai 10 tahun atau dengan denda atau dengan sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu. 

Peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), P.A Krishnaveni yang mewakili tertuduh memberitahu mahkamah bahawa Larto sudah insaf dan memohon maaf kepada wanita berkenaan dan keluarganya. 

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Muhaimin Mohd. Azman dan Nik Nur’Aqilah Syarfa Nik Zaidi memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal dengan mengambil kira kesan dialami mangsa dan jenis kesalahan dilakukan. 

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman penjara masing-masing tujuh dan enam bulan bagi kedua dua pertuduhan yang berjalan serentak dari tarikh sabitan. 

Menurut fakta kes, ketika mangsa sedang bekerja di klinik berkenaan, mangsa secara tiba-tiba didatangi tertuduh yang dikenali dari arah belakang sebelum meraba bahagian sulitnya dan mangsa menepis tangan tertuduh. 

Tertuduh beredar, namun datang semula dengan mengulangi perbuatan sama dan mangsa menepis tangan tertuduh untuk menjarakkan diri sebelum tertuduh keluar. 

Mangsa yang ketakutan kemudian membuat laporan polis.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.