Projek fasa dua Sungai Melaka siap pertengahan 2025

Projek fasa dua Sungai Melaka siap pertengahan 2025

SULAIMAN Md. Ali melakukan lawatan kerja di Perbadanan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) di Taman Rempah, Melaka. - UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Projek fasa dua pakej satu pengindahan dan pembersihan Sungai Melaka dijangka siap sepenuhnya menjelang pertengahan 2025, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali.

Beliau berkata, projek berkenaan tertangguh untuk satu tempoh yang lama sejak mula dibina pada 1 Februari 2012, berpunca daripada dua kontraktor menarik diri melibatkan peruntukan RM121.2 juta.

Katanya, kontraktor ketiga yang dilantik untuk menyambung kerja-kerja ditinggalkan yang berbaki hanya 20 peratus tidak dapat meneruskannya berikutan perubahan kerajaan selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

“Kontrak kontraktor ketiga terpaksa ditamatkan berikutan rundingan terus tidak lagi dibenarkan dan dibatalkan oleh kerajaan sekarang.

“Justeru, tender terbuka terpaksa dibuat bagi memilih kontraktor baharu Mac ini bagi menyiapkan keseluruhan baki kerja projek pengindahan dan pembersihan Sungai Melaka dengan kos sebanyak RM30 juta.

“Insya-Allah seluruh projek fasa dua pakej satu dijadualkan siap sepenuhnya menjelang pertengahan 2025,” katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja di Perbadanan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) di Taman Rempah di sini hari ini.

Kerja-kerja menaik taraf Sungai Melaka melibatkan pemanjangan dan pelebaran sejauh 2.3 kilometer dengan pelbagai kemudahan infrastruktur telah dibina sehingga ke kawasan Melaka Sentral.

Tambah Sulaiman, setakat ini pakej dua dan tiga telah siap sepenuhnya serta telah diserahkan kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.