Polis Bentong saman ADUN Bilut langgar undang-undang jalan raya - Utusan Malaysia

Polis Bentong saman ADUN Bilut langgar undang-undang jalan raya

TANGKAP layar sebuah kereta yang dipercayai milik seorang wakil didakwa melanggar undang- undang jalan raya di sebuah lokasi di bandar Bentong di Bentong, Pahang. - FOTO/IHSAN LAMAN SOSIAL FACEBOOK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BENTONG: Polis daerah ini sudah pun mengeluarkan notis saman kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bilut, Lee Chin Chen berhubung pelanggaran undang-undang jalan raya di bandar ini.

Notis saman itu dikeluarkan berikutan tular di laman sosial Facebook mempertikaikan tindakan wakil rakyat tersebut didakwa sesuka hati melanggar undang-undang jalan raya di sebuah lokasi di bandar ini, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Zaiham Mohd. Kahar berkata, pada pukul 3.30 petang hari ini, Pegawai Penyiasat Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong ke Pejabat Khidmat Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Bilut dan mengeluarkan notis saman kepada Chin Chen.

“Saman ini dikeluarkan di bawah Seksyen 79(2) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

“Kita sudah mengambil tindakan ke atas wakil rakyat ini seperti mana yang tular di sebuah laman sosial baru-baru ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Zaiham berharap dengan penyampaian notis saman itu beliau sudah pun menjawab soalan rakan media yang menghubunginya termasuk kenyataan tular di sebuah laman sosial tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya