PM ucap takziah atas pemergian Dr. Mohd. Kamal  - Utusan Malaysia

PM ucap takziah atas pemergian Dr. Mohd. Kamal 

Prof. Tan Sri Dr. Mohd. Kamal Hassan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan takziah di atas pemergian mantan rektor  Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Tan Sri Dr. Mohd. Kamal Hassan hari ini.

Dalam kenyataan, Anwar berkata, Allahyarham seorang  tokoh yang banyak menyumbang kepada perkembangan dunia akademik negara.

“Terima perkhabaran duka Dr. Mohd Kamal Hassan yang  kembali ke rahmatullah awal pagi tadi.

“Allahyarham seorang tokoh pemikir Islam yang banyak memberikan sumbangan besar kepada dunia akademik, penyelidikan, pendidikan serta pembangunan modal insan dan tentunya kehilangan ini meninggalkan bekas yang mendalam kepada sanubari umat,” kata Anwar  di Facebook.

Beliau turut mengutuskan salam takziah kepada keluarga serta mendoakan roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman dan beramal soleh. 

Dr. Mohd. Kamal yang juga Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) meninggal dunia pada usia 81 tahun.

Perkara itu dimaklumkan oleh IKIM menerusi satu hantaran Facebook. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya