Pesara guru maut, langgar kereta masuk simpang - Utusan Malaysia

Pesara guru maut, langgar kereta masuk simpang

KEADAAN motosikal yang ditunggang Md .Shah Abdullah rosak selepas melanggar sebuah kereta di Kilometer 145, Jalan Johor Bahru-Melaka berhampiran Semerah, Batu Pahat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU PAHAT: Seorang pesara guru meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital selepas melanggar sebuah kereta yang memasuki simpang dalam kejadian di Kilometer 145, Jalan Johor Bahru-Melaka berhampiran Semerah, dekat sini semalam 

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, kejadian berlaku  pukul 3.10 petang itu melibatkan sebuah motosikal yang ditunggang mangsa dan sebuah kereta dipandu oleh seorang wanita berusia 21 tahun. 

Katanya, kedua-dua kenderaan itu datang dari arah sama, iaitu dari Batu Pahat menghala ke Parit Kuda sebelum kereta dipandu wanita membelok untuk nemasuki simpang sebelah kanan. 

“Mangsa, Md. Shah Abdullah, 62, yang berada di belakang tidak sempat mengelak sebelum melanggar bahagian kanan kereta tersebut menyebabkannya hilang kawalan lalu terjatuh. 

“Mangsa mengalami kecederaan di beberapa bahagian badan dan dibawa ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) Batu Pahat menggunakan ambulans.

Walau bagaimanapun, warga emas itu disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Pemandu kereta tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(a) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.  – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya