Penuntut IPT ditahan beli ganja dari Thailand guna khidmat kurier - Utusan Malaysia

Penuntut IPT ditahan beli ganja dari Thailand guna khidmat kurier

SAZALI MOHAMAD (kiri) menunjukkan gambar ganja mampat yang dirampas dalam sidang akhbar di Kompleks Penguatkuasaan Kastam Sungai Pulai, Gelang Patah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Seorang penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) ditahan di kediamannya di Taman Bukit Dahlia, Pasir Gudang kerana disyaki membeli ganja menggunakan perkhidmatan kurier dari Thailand pada 9 Februari lalu.

Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan dan Pematuhan), Datuk Sazali Mohamad berkata, pasukan Narkotik Kastam Johor yang melakukan serbuan pada pukul 12.15 tengah hari menjumpai satu bungkusan ganja seberat 1 kilogram (kg) daripada penuntut lelaki berusia 21 tahun itu.

“Dadah berkenaan dianggarkan bernilai RM2,502.50 dan ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis ganja.

“Ganja berkenaan untuk kegunaan sendiri dan diagih-agihkan kepada rakan-rakannya. Pihak berkuasa juga sedang mengesan suspek kedua, iaitu abang suspek yang berusia 24 tahun bagi membantu siasatan,” katanya dalam sidang akhbar di Kompleks Penguatkuasaan Kastam Sungai Pulai, Gelang Patah, di sini hari ini.

Sazali berkata, ganja berkenaan dibawa masuk menggunakan perkhidmatan kurier dari Thailand dengan pengirim membuat pengikraran palsu sebagai laci plastik.

“Trend pembelian bahan terlarang seperti dadah dilihat semakin menunjukkan peningkatan apabila kaedah penghantaran itu dikesan banyak digunakan dalam penyeludupan dadah.

“Ini kerana kaedah itu sukar dikesan pihak berkuasa kerana sesiapa pun mempunyai akses untuk mendapatkan bekalan tersebut sekiranya tahu laman web yang menjualnya,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup, jika sabit kesalahan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.