Pekebun tukar  getah, kelapa sawit kepada tanaman kontan

Pekebun tukar  getah, kelapa sawit kepada tanaman kontan

MOHAMED Noor Awang Hamat menunjukkan tanaman pisang yang diusahakan sejak dua tahun lalu di Rancangan Pemulihan Tanah (RPT) Kesedar Sungai Terah, Gua Musang, Kelantan.UTUSAN/AIMUNI TUAN LAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Lebih 300 pekebun di Rancangan Pemulihan Tanah (RPT) Kesedar Sungai Terah di sini menukar tanaman getah dan kelapa sawit kepada kontan sebagai inisiatif meneruskan kelangsungan hidup ekoran kejatuhan harga komoditi itu ketika ini.

Dakwa pekebun, kejatuhan harga komoditi sejak dua tahun lalu menyebabkan mereka terpaksa menukar tanaman kontan seperti pisang, nanas, ubi kayu atau kelapa yang mengeluarkan hasil dengan cepat.

Seorang pekebun, Mohamed Noor Awang Hamat, 70, berkata, ketika ini ramai pekebun memilih tanaman pisang kerana hasil boleh dituai dalam tempoh sembilan bulan hingga setahun.

Menurutnya, pekebun berharap tindakan berkesan daripada pihak Kerajaan Perpaduan untuk menangani nasib yang dihadapi penoreh getah.

“Pekebun getah mengharapkan harga getah naik melebihi RM3 sekilogram, namun apa yang berlaku harganya jatuh mendadak antara RM2 hingga RM2.40 sekilogram.

“Manakala harga sawit pula antara RM650 hingga RM750 bagi satu tan. Kami sedih dan berasa terkesan dengan harga komiditi yang masih rendah ketika masalah kos sara hidup semasa tinggi,” katanya ketika ditemui di RPT Sungai Terah di sini hari ini.

Seorang lagi pekebun, Wan Ab. Talib Wan Jusoh, 69, memberitahu, dia berharap kerajaan dapat mencari jalan keluar bagi membantu pekebun kecil termasuklah menetapkan satu nilai harga getah yang munasabah bagi menampung sara hidup kini.

Katanya, pada masa sama bantuan perlu diagihkan secara menyeluruh dengan tidak memilih kelompok tertentu sahaja untuk memberi bantuan seperti bantuan musim tengkujuh.

“Masalah kos sara hidup yang semakin meningkat hari ini memberikan tekanan kepada kami, ditambah pula bekalan komoditi berkurangan.

“Kami berharap Belanjawan 2023 yang bakal dibentang nanti akan memberi khabar gembira dan membantu penoreh getah khususnya rakyat di pedalaman yang menjadikan tanaman komoditi sebagai sumber pendapatan,” ujarnya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.