Peduli Insan utamakan barangan keperluan

Peduli Insan utamakan barangan keperluan

SUKARELAWAN Peduli Insan mengagihkan barangan keperluan kepada mangsa-mangsa gempa bumi di Gaziantep, Turkiye. - UTUSAN/MOHAMAD HAFIZ YUSOFF BAKRI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZIANTEP, Turkiye: Lebih 10,000 keluarga di wilayah yang terjejas dalam kejadian gempa bumi di negara ini dan Syria mene­rima bantuan barangan keperluan daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dari Malaysia, Pertubuhan Peduli Insan, semalam.

Walaupun berdepan pelbagai cabaran termasuk cuaca sejuk, ia sedikitpun tidak mematahkan semangat sukarelawan Peduli Insan untuk sampai ke lokasi yang jaraknya kira-kira 1,000 kilometer.

Pengerusi Pertubuhan Peduli Insan Malaysia, Muhd Luqmanulhakim Mohd. Redzuan berkata, setakat ini pihaknya telah meng­agihkan lebih 10,000 hidangan panas sejak hampir dua minggu sejurus selepas kejadian gempa bumi berlaku.

Selain itu katanya, kira-kira 12,000 pakaian musim sejuk diberikan kepada mangsa gempa bumi yang melanda di kedua-dua negara.

“Selain itu, kami juga telah edarkan 14,000 liter minyak diesel dan 2,000 selimut yang merupakan keperluan mendesak ketika ini.

“Malah, kami sebelum itu juga telah membeli beberapa peralatan gerudi dan alat jana elektrik mudah alih selain menyewa jentolak bagi melaksanakan tugas-tugas pencarian mangsa sebaik gempa bumi berlaku,” katanya kepada Utusan Malaysia semalam.

Lebih 40 sukarelawan Peduli Insan terlibat dalam menyempurnakan misi bantuan terutama di Turkiye dan Syria.

Dalam pada itu, Muhd. Luqmanulhakim berkata, pihaknya akan memberi bantuan psikologi terutama untuk golongan kanak-kanak yang mengalami trauma akibat tragedi yang kini meragut lebih 30,000 nyawa. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya