Nasihati, tunjuki saya jika ada khilaf - Khaled - Utusan Malaysia

Nasihati, tunjuki saya jika ada khilaf – Khaled

MOHAMED KHALED NORDIN terus diberi kepercayaan untuk menerajui UMNO Bahagian Pasir Gudang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: “Jika ada yang terkurang, nasihatilah. Jika ada yang khilaf, tunjuki saya jalan yang benar dan betul.”

Demikian luah Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin apabila diumumkan menang tanpa bertanding sebagai Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang.

Beliau yang juga penyandang jawatan Naib Presiden UMNO telah memimpin UMNO Bahagian Pasir Gudang sejak 2004.

Mohamed Khaled turut  mengucapkan terima kasih kepada semua ahli UMNO Pasir Gudang kerana memberi kepercayaan kepadanya untuk terus menerajui UMNO bahagian berkenaan.

‘Ini adalah tugas yang akan saya laksana dengan sebaik pertanggungjawaban, insya-Allah. 

“Saat ini parti kita di ambang pelbagai cabaran. Seruan saya ialah kita berusaha mengembalikan UMNO ke landasan asasinya.  

“Sebagai sebuah parti kebangsaan demi menambah baik nasib dan masa depan bangsa dan tanah air. Mari kita hindari segala perpecahan. Banyakkan bekerja, berkhidmat dan menyumbang,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Beliau yang juga Menteri Pendidikan Tinggi yakin dengan pendirian sedemikian, UMNO akan kembali diyakini oleh orang Melayu sebagai jurucakap bangsa. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya