Mohd. Hairi bertanding Naib Ketua Pemuda UMNO - Utusan Malaysia

Mohd. Hairi bertanding Naib Ketua Pemuda UMNO

Mohd. Hairi Mad Shah
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Johor, Mohd. Hairi Mad Shah menawarkan diri untuk bertanding jawatan Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO pada pemilihan kali ini.

Beliau yang juga Ketua  Pemuda UMNO Bahagian Johor Bahru berhasrat untuk meneruskan kesinambungan usaha menaikkan imej Pemuda sebagai sayap penting dalam parti.

“Saya rancang dengan restu keluarga, pucuk pimpinan di peringkat bahagian, negeri dan Pusat khususnya Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki cuba menawarkan diri sebagai calon Naib Ketua Pemuda UMNO pada pemilihan kali ini.

“Saya akan berusaha memastikan Pemuda terus menjadi sayap yang lantang bersuara demi kepentingan rakyat,” katanya kepada pemberita hari ini.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan baru-baru ini dilaporkan berkata, pemilihan dan mesyuarat UMNO melibatkan 191 bahagian dan 22,000 cawangan diadakan bermula 1 Februari hingga 18 Mac ini.

Mesyuarat dan pemilihan bagi jawatankuasa cawangan Wanita, Pemuda dan Puteri cawangan berlangsung hingga 26 Februari ini, manakala mesyuarat perwakilan dan Pemilihan Jawatankuasa UMNO Bahagian serta Pemilihan Ahli MKT UMNO akan diadakan serentak di seluruh negara pada 18 Mac depan.

Mesyuarat Perwakilan dan Pemilihan Jawatankuasa Wanita UMNO, Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian bersama Pemilihan EXCO Wanita, EXCO Pergerakan Pemuda dan EXCO Pergerakan Puteri UMNO Pusat akan diadakan serentak di seluruh negara pada 11 Mac.

Mohd. Hairi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia negeri berkata, difahamkan pemilihan bagi jawatan itu akan melibatkan tiga hingga empat penjuru termasuk anak bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak iaitu Datuk Mohd. Nazifuddin.

Mohd. Hairi memberitahu, percubaan itu adalah satu langkah dalam karier politiknya selepas dilantik sebagai Ketua Pemuda UMNO Johor dan Exco Kerajaan Negeri.

“Bagi saya, bukan menolak untuk bertanding jawatan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, sebaliknya saya ukur baju di badan sendiri. Biarlah saya bertatih dahulu dengan menawarkan diri untuk posisi Naib Ketua Pemuda UMNO,”katanya.

Jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO disandang oleh Shahril Sufian Hamdan sebelum digantung oleh parti selama enam tahun. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya