MIC macam tidak wujud dalam BN - Saravanan - Utusan Malaysia

MIC macam tidak wujud dalam BN – Saravanan

M.Saravanan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: MIC  merasakan partinya seolah-olah tidak wujud sebagai rakan komponen Barisan Nasional (BN) apabila  belum diberitahu mengenai perancangan untuk menghadapi enam Pilihan Raya Negeri (PRN).

Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M. Saravanan mendakwa, beliau merasakan partinya seperti dipinggirkan kerana BN tidak mengadakan sebarang mesyuarat sejak kerajaan persekutuan dibentuk hujung tahun lalu.

Menurut beliau, BN perlu mengadakan persiapan secepat mungkin kerana menjangkakan PRN akan diadakan tidak lama lagi.

“Bukan sahaja tiada mesyuarat, malah seolah-olah macam kami (MIC) tidak wujud.

“Saya berharap kita dapat mengadakan mesyuarat segera kerana PRN dijangka berlaku dalam tempoh empat ke enam bulan lagi,” katanya selepas mengunjungi Batu Caves bagi sambutan Thaipusam.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Tapah menyifatkan, MIC masih boleh memainkan peranan signifikan untuk BN walaupun hanya memenangi satu kerusi dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

BN akan menghadapi enam PRN iaitu di Kelantan, Terengganu, Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan.

Tempoh perkhidmatan kesemua ahli Dewan Undangan Negeri di keenam-enam negeri tersebut berakhir pada Mei ini, dengan PRN akan diadakan antara bulan Jun atau Julai tahun ini. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya