Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-261 bermula hari ini - Utusan Malaysia

Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-261 bermula hari ini

Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (kiri) dan Sultan Sharafuddin Idris Shah (kanan) berkenan menyempurnakan Majlis Penanaman Pokok Sepang di pekarangan Istana Negara hari ini. Penanaman pokok itu adalah sebagai simbolik Sultan Selangor mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-261 yang berlangsung pagi tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-261 bermula di Istana Negara hari ini dengan  dipengerusikan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Baginda memberi tabik hormat ke atas Kawalan Kehormatan Utama (KKU) yang dibarisi Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) di Dataran Utama.

Bersempena dengan mesyuarat itu, Sultan Selangor menyempurnakan upacara menanam pokok Sepang (Caesalpinia sappan) di pekarangan Istana Negara.

Ia adalah cetusan idea Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sempena Mesyuarat Raja-Raja.

Mesyuarat dua hari itu turut melibatkan keberangkatan semua Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu kecuali Kelantan dan Perlis.

Kelantan diwakili Tengku Mahkota Kelantan manakala Perlis diwakili Raja Muda Perlis.

Mesyuarat Raja-Raja pada hari ini turut dihadiri Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Melaka dan Sabah, manakala Sarawak diwakili Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak.

Raja-Raja Melayu diiringi Menteri Besar masing-masing manakala Yang di-Pertua Negeri diiringi Ketua-Ketua Menteri kecuali Sarawak diwakili  Timbalan Premier Sarawak.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.