Maqis Johor rampas makanan haiwan tak patuh syarat import - Utusan Malaysia

Maqis Johor rampas makanan haiwan tak patuh syarat import

ANGGOTA Maqis memeriksa lori yang membawa muatan makanan haiwan tanpa mematuhi syarat import di BSI, Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) negeri ini menahan sebuah lori yang membawa makanan haiwan seberat 18 tan metrik bernilai RM47,000 kerana tidak mematuhi syarat import di Bangunan Sultan Iskandar (BSI), di sini semalam.

Makanan haiwan berkenaan dibawa masuk dari Singapura dan rampasan dilakukan  susulan pemeriksaan rutin yang dijalankan pada pukul 1 petang terhadap lori berkenaan. 

“Hasil pemeriksaan lanjut, barang dagangan berkenaan ditahan kerana tidak mematuhi syarat import Maqis. Pengimport didapati menyediakan dokumen yang mengelirukan, iaitu maklumat pengilang pada label barangan tidak sama dengan maklumat pengilang pada sijil kesihatan yang diisytihar.

“Bagi siasatan lanjut, Maqis menahan pemandu lori berkenaan yang merupakan warga tempatan berusia 43 tahun,” demikian menurut Maqis dalam satu kenyataan, hari ini.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 13 Akta Maqis 2011 yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali, jika disabitkan kesalahan. 

Bagi kesalahan kedua atau berikutnya, pihak terbabit boleh didenda tidak melebihi RM75,000 atau dipenjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya