Levy Madinda lengkapkan senarai pemain import Negeri Sembilan - Utusan Malaysia

Levy Madinda lengkapkan senarai pemain import Negeri Sembilan

LEVY Madinda beraksi dalam perlawanan persahabatan di antara Negeri Sembilan FC dan Kuala Lumpur City FC di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, semalam.-GAMBAR/NEGERI SEMBILAN FC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Pemain tengah berasal dari Gabon, Levy Clemen Madinda, 30, melengkapkan senarai tiga orang pemain import pasukan Negeri Sembilan FC bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim ini yang akan bermula 26 Februari depan.

Negeri Sembilan menerusi kenyataan di media sosial memaklumkan, pemain berketinggian 1.82 meter itu diperoleh selepas dia dipinjamkan dari pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) FC.

“Levy Madinda akan beraksi bersama Negeri Sembilan dalam saingan Liga Malaysia 2023. Levy bukanlah nama asing dalam saingan Liga Malaysia, beliau pernah beraksi bersama pasukan Sabah FC dan JDT FC

“Kehadirannya pasti akan membantu bahagian tengah pasukan Negeri Sembilan FC.  Levy Madinda dipinjamkan dari JDT FC untuk musim ini,” kata kenyataan itu lagi.

Sebelum ini, Ketua Pegawai Eksekutif Negeri Sembilan FC, Satwant Singh berkata, pasukan tersebut mengambil keputusan hanya menandatangani tiga orang pemain import untuk musim ini.

Salah seorang daripada tiga pemain import itu ialah tonggak pertahanan musim lalu yang berasal dari Perancis, Mark Herold Goulon, 34.

Menurut beliau, turut dibawa masuk, pemain penyerang yang juga anggota pasukan kebangsaan Republik Chad iaitu Ezechiel Ndouasel, 34.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya