Lelaki maut lori angkut tanah jatuh gaung

Lelaki maut lori angkut tanah jatuh gaung

ANGGOTA Bomba dan Penyelamat berusaha mengeluarkan mangsa yang maut selepas lori yang dipandunya terjatuh dari gaung di Kampung Bukit Bidang, Pasir Puteh, Kelantan, hari ini.UTUSAN/IHSAN JBPM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR PUTEH: Seorang lelaki maut selepas lori 10 tan yang dipandunya untuk mengangkut tanah terjunam ke dalam gaung di Kampung Bukit Bidang, Jalan Selising-Kok Lanas, di sini hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh, Penolong Penguasa Bomba Azhar Elmi Mustofar berkata, pihaknya terus bergegas ke lokasi pada pukul 7.44 pagi selepas menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu.

Menurutnya, seramai 14 anggota bomba yang diketuai Pegawai Bomba Kanan II Engku Mohd. Azam telah dikejarkan ke lokasi mendapati mangsa telah terperangkap di dalam kenderaan berat itu.

“Mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai kesihatan yang turut menjalankan tugasan menyelamat di lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Azhar memberitahu, pihaknya menyerahkan mayat mangsa kepada pihak polis untuk tindakan proses bedah siasat.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.