Kerajaan tidak campur tangan siasatan kes beku akaun Bersatu

Kerajaan tidak campur tangan siasatan kes beku akaun Bersatu – PM

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, kerajaan tidak campur tangan terhadap siasatan berhubung pembekuan akaun Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Perdana Menteri berkata, badan penguatkuasaan dan kehakiman termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) adalah kekal bebas.

“Adalah tidak bertanggungjawab bagi tokoh politik daripada parti pembangkang membuat tohmahan bahawa Kerajaan Perpaduan campur tangan dalam siasatan SPRM itu.

“Kita tidak menggunakan badan-badan ini, yang berlaku ada dua hal yang mana siasatan itu dibuat selepas adanya laporan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan SPRM tentang penggunaan wang oleh Bersatu.

“Sebagai Menteri Kewangan, saya juga dapati projek-projek yang dilaksana Bersatu menelan belanja terlalu tinggi tanpa proses tender,” katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Kabinet hari ini.

Katanya, beliau mendapati projek Jana Wibawa yang dilaksana parti itu ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan tebatan banjir menelan kos terlalu tinggi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.